Tuesday, March 15, 2011

Jepun...

musnah...



hancur...



meletup...



diselamatkan...



diimbas radiasi...



Habis...



rosak...

Monday, March 14, 2011

Cuti-cuti Langkawi sat...

Cuti sekolah dah mai dah, boleh la bawak anak-anak jenjalan, ikram family. 
Kita ni semua, rata-rata kalau keja atau apa-apa keperluan atau urusan asyik sibuk memanjang ke sana sini, pastu balik keje sambut takaza itu ini pulak. Balik rumah letihh...
Sebenarnya, anak-anak isteri kita lah yang banyak berkorban untuk kita, banyak sabar dan memahami kita.
Jadi sepatutnya, selayaknya lah kita luangkan masa yg terbaik dan berkualiti dgn depa.
Oleh itu, kawan2 mari le kita ikram keluarga...ikut kesesuaian masing-masing. :)


Jom mandi pantai!!!


Pantai Cenang... selain mandi manda, jadi tempat lepak, relaks menghadap pantai yang indah.. angin menderu nyaman. Sebab nak sejuk lagi, brother yg jaga tempat tu tarik kerusi kami untuk landing bawah pokok yg redup dan rendang. Thanks bro!.
Sambil releks, sumaiyah tidoq sat bawah pokok, yg lain pekena aiyak nyok...yg dipetik dari pokok depan kami jugak. Depa petik terus bagi kami, free pulak tu. Trima kasihh naa..
Jgn lupa perabis isi nyok... kasi licinn, sedap betul! Alhamdulillah.
Semua pakat ambik gambar dgn helang yg tak letih-letih bukak kepak dia.
Bot-bot nelayan di Kola Kedah....
Sekian utk kali ni....

Tuesday, March 8, 2011

Ucapan Umar r.a

Ucapan Umar al-Khattab r.a:

"Dahulu kita adalah kaum yang hina. Allah telah memuliakan kita dengan Islam. Seandainya kita mencari kemulian selain dari apa yang telah Allah muliakan kita, maka kita akan dihina oleh Allah." (Riwayat sahih al-Hakim. Lihat Al-Hakim, al-Mustadrak, jil: 1, ms: 237).

Sunday, March 6, 2011

Apa sudah jadi?

Apa sudah jadi....?



       Satu perceraian pada setiap 15 minit - Jakim
PUTRAJAYA 3 Mac – Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun 2009 menunjukkan berlaku satu perceraian pada setiap 15 minit di kalangan umat Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
Beliau berkata, jumlah itu meningkat daripada tahun ke tahun akibat daripada kurangnya penghayatan agama di kalangan suami isteri termasuk mengabaikan solat.
"Jika solat lima waktu sehari semalam tidak dapat dilaksanakan, sudah tentu dapat kita bayangkan mereka juga sukar untuk melaksanakan peranan dan tanggungjawab sebagai suami dan isteri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar sempena Maulidur Rasul, Rasulullah Ikon Keluarga Bahagia di sini hari ini.
Mashitah berkata, Jakim akan memperbanyakkan lagi program-program pemantapan keluarga yang menerapkan kesedaran terhadap peranan suami dan isteri, kemahiran keibubapaan, pendidikan serta pengurusan ekonomi keluarga. – Bernama
---------------------

Layan 'teman maya' punca cerai

"Asyik melayan 'teman maya' di laman sosial seperti Facebook sehingga lupa kepada tanggungjawab menjadi antara punca ramai pasangan Islam di negara ini bercerai.
"Selain itu tidak serasi, poligami dan bermain 'kayu tiga' khususnya dengan orang gaji turut menyumbang kepada berlakunya perceraian.
"Perkara tersebut merupakan masalah-masalah yang sering diajukan oleh pasangan suami isteri ketika memohon untuk bercerai di Mahkamah Syariah." - Kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.
-----------------

 'Teman maya' di Facebook untuk pasangan diabai kasih sayang
"Golongan yang ketagih melayani 'teman maya' melalui laman sosial seperti Facebook di samping khidmat pesanan ringkas (SMS) sehingga mengabaikan tanggungjawab rumah tangga perlu diberi rawatan kaunseling psikologi.
"Seperti penagih dadah, golongan yang ketagihan melayani 'teman maya' juga perlu diberi rawatan psikoterapi pada peringkat awal.
"Akibat terlalu tertumpu kepada alam maya, seseorang itu secara tidak sedar telah mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga selain menjejaskan kehidupan sehariannya."  - Kata Pensyarah dan Kaunselor Berdaftar di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Haslee Sharil Abdullah.

Friday, March 4, 2011

Masjid terselamat daripada gempa bumi

Siapa pernah jejak kaki di bumi New Zealand? Saya tak pernah.
Pada 22 Februari lepas, berlaku gempa bumi berukuran 6.3 skala Richer di bandar Cristchurch. 
Yang ajaibnya sebuah masjid, Masjid An-Nur dan Pusat Islam Canterburi (CIC) yang terletak di bandar itu tetap kukuh berdiri walaupun bangunan lain yang terletak berdekatan dengan masjid, rosak. Masya-Allah!
Antara yang runtuh, rosak itu termasuk bangunan perniagaan dan sebuah gereja runtuh atau rosak akibat malapetaka itu.
Seorang kawan Z76 yang berada di sana memberitahu, keadaan masjid sedikit pun tak terusik dan dapat berfungsi sempurna seperti biasa termasuk digunakan untuk jemaah menunaikan Solat Jumaat hari ini.
Sebahagian jemaah yang baru keluar dari masjid selepas
selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid An-Nur.
Kawan Z76 kata, lepas kejadian itu, masjid tersebut dan CIC terus tumpuan pelbagai pihak yang ingin melihat dari dekat strukturnya yang langsung tidak diapa-apakan oleh bencana itu.
Beberapa bangunan yang terletak bersebelahan masjid itu seperti sebuah bangunan dua tingkat runtuh dalam kejadian tersebut.
Begitulah kekuasaan Allah yang mahu memelihara rumah-Nya. Masjid itu boleh menampung kira-kira 500 jemaah pada satu-satu masa.
Semoga Allah pilih kita untuk menjadi pekerja memakmurkan rumah-rumah Allah walau di mana berada sekali pun.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails