Thursday, July 29, 2010

Surat dakwah

MENGUTUS surat untuk tujuan dakwah adalah sunah Nabi s.a.w. Kalau anda berada di daerah yg saya menetap ini maka anda akan berasa bertuah kerana dapat mengamalkan satu sunah Nabi s.a.w iaitu mengutuskan surat untuk maksud dakwah apabila jemaah hendak masuk ke surau atau masjid untuk tujuan khuruj 3 hari dan sebagainya.
Jemaah yang hendak keluar 3 hari atau rakan seusaha tempatan yang menguruskan jemaah (40 hari) masuk ke masjid atau surau perlu mendapatkan surat kebenaran daripada majlis agama Islam terlebih dahulu dan surat tersebut perlu dihantar ke pengerusi masjid/surau selewat-lewatnya 3 hari sebelum jemaah dakwah sampai.
Di Johor, isu-isu agama diuruskan dengan sistematik maka tidak hairanlah perkara ini perlu dilaksanakan bagi memastikan tiada sebarang masalah timbul.
Sepanjang saya berada di sini (kira-kira 2 tahun), didapati peraturan majlis agama ini amat baik kerana ia sebenarnya bukan bertujuan hendak menyusahkan jemaah atau apa-apa tetapi ia lebih kepada memastikan semua berjalan dengan teratur dan memastikan jemaah tidak dihalang masuk oleh pihak tertentu (jika ada) di roote yg ditetapkan.
Bahkan, di pejabat agama, satu kaunter khas 'Ziarah' dibuka khusus untuk urusan jemaah tabligh menguruskan permohonan mendapatkan surat kebenaran itu.
Sepanjang pengalaman saya mendapatkan surat, pegawai-pegawai kaunter dan lain-lain kakitangan sungguh prihatin dan mengambil berat terhadap permohonan mendapatkan surat jemaah Tabligh. Usaha komited mereka perlu dipuji. Lebih-lebih lagi mereka sentiasa bertugas secara profesional dan urusannya dipermudahkan.
Ada ketikanya, saya datang tidak kena masa sebab kekangan waktu pejabat, contohnya saya datang ke pejabat agama pada waktu lunch dan walaupun kaunter tutup, ada kakitangan yang sanggup menguruskan surat tersebut.
Jika datang pada waktu pejabat lain pun, biasanya, tempoh menunggu untuk mendapatkan surat adalah amat cepat selepas mengisi borang ringkas seperti nama masjid atau surau yang hendak dimasuki, tandatangan dan dirujuk sekejap kad pengenalannya. (Urusan cepat selesai mungkin sebab tak ramai yang hendak mengambil surat sedemikian).
Selepas diproses, maka orang yang mengambil surat dianggap amir jemaah. Dia akan diberi 2 surat yang mengandungi letterhead majlis agama Islam dan cop urusan kerajaan dan cop majlis agama yang mana kesemua cop ini hanya untuk tujuan urusan rasmi kerajaan. (Bermakna urusan keluarkan jemaah dianggap urusan rasmi kerajaan negeri, yang mana
hal ehwal agama bagi negeri adalah di bawah tanggungjawab oleh mufti dan seterusnya di peringkat tertinggi).
Ni surat jemaah 3 hari kami minggu lepas, cuba tengok cop urusan kerajaan di depan surat dan cop rasmi di belakang surat tu...pengerusi masjid/surau yang dapat surat macam ni biasanya serta merta bersetuju terima jemaah.



Dengan 2 surat itu, satu untuk pengerusi surau/masjid dengan letterhead majlis agama dan surat kedua disimpan oleh amir jemaah sebagai reference.

Pendapat peribadi saya, peraturan tersebut adalah baik kerana:
1)  Jemaah tabligh adalah jemaah yang sentiasa mengikut undang-undang jadi tiada sebarang masalah untuk mengikut peraturan itu.
2) Secara tak langsung majlis agama tahu berapa jemaah dapat dikeluarkan dalam sebulan atau tempoh tertentu. Purata sebulan berapa jemaah, kalau kurang jemaah mereka akan ambil fikir risau juga. 
3) Kerajaan negeri melalui majlis agama Islam terlibat sama dalam urusan pengeluaran jemaah dan mengambil berat tentangnya.
4) Jika ada satu, dua masjid atau surau yang jemaah tak dibenarkan masuk oleh pengerusi maka majlis agama boleh beri advice untuk diuruskan.
5) Pengerusi masjid atau surau yang menerima surat berletterhead majlis agama dan cop mohornya biasanya akan 'akur' untuk menerima jemaah.
6) dan banyak lagi hikmahnya.

Nabi s.a.w ada menghantar surat juga untuk tujuan dakwah.
Berikut adalah diambil daripada muka surat 101 hingga 106 dalam kitab Insan Teladan Sepanjang Zaman oleh Syeikhul Hadis, Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi (Disusun Mufti Ahmed Ebrahim Bemat ; terjemahan Abdul Aziz Abdul Hamid).
Boleh juga didapati di perpustakaan bahagian hal ehwal undang-undang Jabatan Perdana Menteri Malaysia
http://library.bheuu.gov.my:8080/library/FullDisplayRetriever.jsp?0000004686
http://newarrivals.nlb.gov.sg/itemdetail.aspx?bid=7532923
(Di mana-mana markas dakwah dan tabligh buku ini biasanya mudah ditemui). Di bawah kesemua adalah apa yang diambil dari page 101 hingga 106 kitab itu:

Thursday, July 22, 2010

Gempaq mayat tak reput

“Kakak menangis sebab menyesal dan rasa berdosa sebab dahulu semasa arwah masih hidup dan sehat, kakak selalu marah dan menghalang dia daripada keluar ikut dakwah tabligh, tapi dia keluar juga walaupun kakak marah.”

Oleh Tuan Haji Musa Kuala Kedah

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM

Jika kita membaca Alquran dan Hadis-hadis nabi saw, kita akan berjumpa tentang berita-berita atau targhib tentang kemulian orang-orang beriman yang berjihad di jalan Allah swt dengan diri dan harta mereka yang mana mereka terbunuh atau syahid di Jalan Allah swt. Mereka ini dijanjikan syurga yang penuh kenikmatan oleh Allah swt, di Padang Mahsyar nanti mereka akan bangun didepan Allah swt dalam keadaan sebagaimana mereka syahid didunia, ada yang terpotong telinga, hidung, tangan , kaki dan ada yang luka terburai keluar perutnya dan pelbagai keadaan. Mereka ini akan bangun didepan Allah dalam keadaan luka mereka baharu sahaja berlaku, darah masih segar merah lagi. Ada juga yang kita dengar ada orang menggali tanah untuk membangunkan kawasan, yang mana mereka tidak tahu dibawahnya ada kubur Sahabat nabi saw yang mati syahid terbunuh, bila sahaja mereka lihat mayat tersebut yang mana darah merah masih segar keluar walaupun dah lebih seribu tahun berlalu, Allahuakbar.

Inilah kesah yang ingin aku paparkan untuk renungan kita bersama.

Nama orang dan tempat berlaku sengaja aku rahsiakan, tetapi ini adalah kesah benar yang berlaku pada Jun 2010 yang lepas.

Wednesday, July 21, 2010

Apa jawapan anda?

Sila pilih jawapan yang betul.

SOALAN: Cuba bayangkan anda pada 5 tahun, 10 tahun atau 15 tahun akan datang. Di manakah anda?
JAWAPAN:
A) Tak sure
B) Di jalan Allah....
C) Buat haji di Mekah
D) Kubur agaknye
E) ........(sila tambah sendiri)

Jawapan tepat = Wallahualam bissawab

 Mari memakmurkan masjid, surau

Monday, July 19, 2010

Ke Tunjuk Laut pula

Ombak air Laut China Selatan 

Ok, kalau anda gemarkan suasana pantai yang indah, ombak beralun, angin menderu, pantai bersih, suasana menyegarkan, jauh daripada kebanjiran orang, masih dikekalkan alam sekitarnya, maka Pantai Tunjuk Laut, Tanjung Leman pasti dapat menepati kehendak anda.
Jika anda biasa dengan Port Dickson, maka tak keterlaluan dikatakan Tunjuk Laut jauh lebih indah, menarik. Begitu juga, Desaru juga kalah dgn Pantai Tunjuk Laut dari segi pantainya. Tunjuk laut pantainya landai ke tengah.
Jadi, sabtu lepas kami sekeluarga berjalan lagi, kali ni berkesempatan berkunjung ke Tunjuk Laut,alhamdulillah syukur.
Walaupun cantik tapi tak ramai yg datang ke sini....jadi privacy sikit.


Kalau nak tahu direction ke Pantai Tunjuk Laut sila click How to get to Tunjuk Tunjuk Laut Resort


Kalau berminat call no tu...




Dari umah perjalanan 114 km, kira-kira sejam setengah, bertolak lepas Asar, bila sampai dah hampir senja...


Pagi-pagi dah serbu pantai...



Antara pengunjung yg tak sabar-sabar nak ke pantai awal-awal pagi




Di resort ada gerai orang kampung yg hidangkan juadah ala kampung yg sungguh sodap.. macam ikan tenggiri asam pedas di atas, stok ikan fresh ambik dari nelayan Tanjung Leman berdekatan. Sbb segar, isi ikan dia manis...



Ni ferevet..... petai ikan bilis...



Sempat tinjau tempat jeti nelayan tanjung leman naikkan ikan... ikan parang berkilat tu, hari-hari manusia ambik ikan dari laut, tapi ikan tak habis-habis, Allah Maha Kuasa.



Belangkas pun ada... tp yg betina je, kalau di laut belangkas mmg ada 2, erkepit jantan betina, tapi bila ditangkap yg jantan dilepaskan....


Antara kawan-kawan baru naufal...tapak sulaiman, yg dikutip di tepi pantai. Pantai ni masih yg asli jadi byk hidupan laut selamba berkeliaran di pantai...


Tapi sebelum balik, kawan2 baru tu dilepaskan (dgn rasa sedih) ke pantai semula...



Tapak sulaiman... banyak boleh jumpa, yg paling anak2 suka buat di tepi pantai ialah kutip tapak sulaiman..

Berdepan dgn Tunjuk Laut, Tanjung Leman ialah Pulau Sibu yg juga dikatakan lebih cantik.
Nak ke Pulau Sibu, kena naik bot dari jeti Tanjung Leman. Kalau berminat sediakan je la ongkosnye.
Jadi Pantai Tunjuk Laut ni mmg kami rekomen kalau nak bercuti di tepi pantai.

Saturday, July 17, 2010

Kampung Tehel yang istimewa

Menziarahi
Alhamdulillah, baru-baru ini dapat berkunjung menziarahi orang korban tinggi, Cg Hj Raof yg juga suami kepada Kak Umma-Ali di Kampung Tehel, Melaka.
Kunjungan itu adalah selepas selesai urusan keluarga di Sungai Rambai seperti dikisahkan dlm posting lepas.
Kami terhutang budi dengan kemesraan, keramahan dan baik budi cikgu sekeluarga yg sudi menerima kami bermalam. Hanya Allah saja yang dapat membalas budi dan jasa tuan/puan.
Pada mulanya segan juga, tapi kesediaan dan ajakan tuan rumah tidak bisa dihampakan oleh kami.
"Ingat ye ini rumah orang, jangan buat perangai," kata mama naufal.
"Kan makcik tadi dah kata buat macam rumah sendiri," kata naufal.
Terima kasih lah kepada cikgu dan kak umma-ali kerana bersabar dgn perangai anak-anak kami.

Kampung Tehel
Rupa-rupanya Kampung Tehel bukan sebarangan kampung.
Sebab kampung ini ada sikit ciri seperti kawasan di negara padang pasir pengeluar minyak terbesar dunia. Nak tahu apa dia? Kampung ini ada satu persamaan yakni mempunyai ladang kurma yg diusahakan oleh cikgu.
Biarpun ladang tu saiznya tidak lah begitu besar tapi sudah cukup untuk menggambarkan pengusahanya berjiwa besar kerana hendak menanam sesuatu yang orang lain tak tanam bukan sesuatu yang biasa di negara ini.
Hari ini beliau boleh dianggap berjaya kerana berkat usaha gigihnya, anak-anak pokok kurmanya menjadi dan memberikan hasil sejak ditanam 3 tahun lalu dengan izin Allah.
Hj. Raof memegang polibeg anak pokok kurma... sapa nak beli boleh contact beliau. Kalau nak blaja math pun boleh, cikgu ni pakar math. Call Hj Raof di 013-6476591 atau emel di rahofmra@yahoo.com.my.

Berjumpa bloggers
Di Kampung Tehel juga terpahat sejarah tersendiri bila saya buat pertama kalinya bertemu dgn bloggers yang sebelum ini tak pernah berjumpa iaitu al-Fadhil Ustaz, Ishak Zaini al-Korbani . Alhamudlillah kerana dapat bertemu, dan terima kasih lah kerana sudi bertemu, kerana ada sesetengah orang keberatan atau tak sedia nak bertemu dgn bloggers yg tak dikenali.


Sepanjang berada di Kampung Tehel, banyak benda yg dapat dipelajari selain berkongsi pandangan bersama Cikgu, Ishak dan sempat juga nusrah jemaah masturat Indonesia yg berada di Alai, Melaka.

Water Park
Keesokannya, kami bertolak bawak anak-anak mandi di Wet World Batu Pahat. Sebelum tu dari Water Park Melaka dan seterusnya terus ke rumah.

Kesimpulannya, seronok sungguh la kami jalan-jalan dan jumpa orang...

Tuesday, July 13, 2010

Bertunang punya cerita

Sabtu lepas, sorang adik laki bertunang dgn orang Sungai Rambai Melaka. Jadi berbondong-bondong la kami ahli keluarga, adik beradik, saudara mara ke situ.

Sireh junjung... sapa suka makan sireh mmg meleleh air liur. jgn makan bunga sudah


di rumah keluarga belah perempuan, hantaran ada strawberry


almaklumlah keluarga ramai, adik beradik kami je brpa ramai, dah beranak pinak pun ramai, jadi terpaksa sewa bas


aiiii... farhah macam marah je?



jamuan asam pedas melaka mmg kaw...


banyak makan jajan budak ni...

Tapi selepas tu, kami menyusul ke suatu destinasi yang menarik dan tak kurang hebatnya... nak tahu ke mana... tungguuu next entry.

Thursday, July 8, 2010

Peribahasa karkun Part 1

Entry kali ni mengajak anda berperibahasa tapi dgn disesuaikan mengikut keadaan supaya peribahasa yg kita tahu dapat digunakan dgn mudah. Sebab itu, rasanya rakan seusaha lebih mudah faham peribahasa di bawah ni. Agaknya? 
Sebab tu juga, tak perlu lah kita rujuk buku Ilmu Mengarang Melayu karya Za'ba macam kat gambar sebelah tu.



"Di mana bumi dipijak di situ ghast ditegakkan"
-Utk menggambarkan kononnya kesungguhan buat ghast. Ubah suai drpd 'Dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung.'

"Sikit-sikit lama-lama jadi jaws"
-Utk mggambarkan buat kerja perlahan2 tapi berhasil. Ubah suai drpd 'Sikit-sikit lama-lama jadi bukit uhud.'

"Sudah slack ditimpa tangga"
-Utk menggambarkan rakan seusaha yang tengah berehat bawah rumah, dlm keadaan sejuk beku, tiba-tiba ditimpa tangga rumah, kesian. Ubah suai drpd sudah jatuh ditimpa tangga.

"Ukur nisab di badan sendiri,"
-Utk menggambarkan rakan seusaha mesti sentiasa periksa nisab sendiri jangan terlepas.
Ubah suai drpd 'Ukur baju di badan sendiri'.

"Orang mengantuk disorongkan bedding"
-Utk menggambarkan sifat ikram member nak tido beri bedding. Ubah suai drpd 'Orang mengantuk disorongkan bantal'.


Ada lagi nak tambah? Silakan...

Tuesday, July 6, 2010

Jenazahmu dan jenazahku

 Anda ada berapa banyak jam tangan? Pernahkah anda melihat betul-betul ke arah jarum jam anda? Apakah yang anda nampak? Pujangga bermadah:

"Wahai orang yang lalai, jika kamu mendengarkan bunyi jam dengan penuh perhatian, benar-benar ia berkata, 'berkurang, berkurang,' umurmu dari waktu kehidupan (dunia)."

Tersenyum dan menangis
Salman al-Farsi r.a berkata: "Ada tiga jenis manusia, apabila aku ingat mereka maka aku berasa hairan sehingga aku tersenyum. Pertama, adalah orang yang menaruh harapan dan cita-cita pada dunia sedangkan mati hendak menangkapnya. Kedua, orang yang lalai daripada mengingati Allah padahal Allah selalu menjaganya. Ketiga, orang yang ketawa dengan penuh gembira sedangkan dia tidak tahu apakah Allah redha kepadanya atau murka.
Tiga perkara menjadikan aku sangat gelisah hingga aku menangis. Pertama, perpisahan dengan kekasih-kekasihku (iaitu Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.hum). Kedua memikirkan mati. Dan ketiga, di padang mahsyar esok aku mesti menghadap Allah tetapi aku tidak tahu, adakah aku diperintahkan untuk memasuki syurga atau neraka.

Tasauf
Suatu ketika Syaqiq Balki rah. pergi menziarahi Syaikh Abu Hasyim rah. salah seorang guru beliau dalam ilmu tasauf. Ketika melihat sebuah bungkusan yang terikat di hujung kainnya, Syaikh Abu Hasyim bertanya? 'Apa itu?' Beliau menjawab, "Kawan saya memberi sedikit makanan sebagai hadiah. Saya membawanya ke sini dengan harapan tuan guru akan berbuka puasa dengannya.
Syaikh Abu Hashim bertanya, Syaqiq, apakah kamu berharap akan hidup hingga waktu berbuka puasa? Mulai sekarang aku tidak akan berbicara dengan mu." Kemudian beliau masuk ke dalam rumah dan menutup pintu.
(Dipetik dari bab Zuhud, Qanaah, tidak meminta-minta di kitab Fadilat Sedekah, susunan Maulana Zakariya rah.)

Mengiringi jenazah
Suatu ketika Abu Darda r.a mengiringi suatu jenazah. Dalam perjalanan, ada yang bertanya, "Jenazah siapa itu?"
Abu Darda r.a menjawab, Jenazahmu, Jika mahu tidak suka maka itu adalah jenazahku (Maksudnya, sekarang waktu untuk memikirkan kematian diri sendiri).
Hassan al-Basri rah berkata, Aku hairan melihat orang yang sudah menerima perintah agar mempersiapkan bekalan perjalanan (akhirat) dan telah diumumkan bahawa tidak lama lagi perjalanan itu akan dimulakan, tetapi ia masih sibuk bermain-main (dengan dunia).
(Tanbihul Ghafilin).

Ruh keluar
Umar r.a menyuruh Kaab r.a: "Ceritakanlah mengenai keadaan mati."
Kaab r.a menjawab: "Wahai Amirul Mukminin, mati adalah seperti sebuah dahan pohon yang penuh duri lalu dimasukkan ke tubuh seseorang sehingga memasuki setiap rongga tubuhnya lalu pohon itu diseret sekuat tenaga. Begitulah ruh itu dikeluarkan dari tubuh."

Thursday, July 1, 2010

Pengislaman jaguh kriket


BINTANG kriket Pakistan, Yousuf Youhana digeruni rakan dan lawan setiap kali dia beraksi di gelanggang terutama di peringkat antarabangsa.
Pukulan mantap dan larian bertenaga ketua pasukan kriket Pakistan itu, terbukti dengan pencapaian cemerlangnya pada 2006, ketika dia memecahkan rekod larian untuk musim itu.
Sebelum menganut Islam pada 2005, Yousuf atau nama Islamnya, Mohammad Yousuf ialah pemain tunggal pasukan kriket Pakistan yang beragama Kristian.
Walaupun dia merupakan antara pemain terhandal dalam pasukan kriket Pakistan, namun pelbagai kontroversi yang melanda menyebabkan dia bersara awal.
Bermula pada Mac 2010, Yousuf digantung oleh Lembaga Kriket Pakistan daripada mewakili negaranya di peringkat antarabangsa, gara-gara pasukannya kalah pada kejohanan kriket di Australia serta atas alasan masalah dalaman pasukan. Lebih malang, tempoh penggantungan itu tidak dijelaskan sehingga bila.
Ekoran itu pada penghujung Mac 2010, Yousuf mengumumkan persaraannya dalam sukan kriket antarabangsa, sebagai reaksi langsung daripada tindakan ke atas penggantungannya itu.
Namun dalam ruangan kali ini, topik yang tidak kurang hangat diperkatakan umum, khasnya di kalangan kenalan dan peminat pemain itu ialah tentang kisah penghijrahan akidah Mohammad Yousuf daripada Kristian kepada Islam.
Mohammad Yousuf yang dilahirkan pada 27 Ogos 1974 di Sargodha. Punjab, Pakistan mengakui, dia memeluk Islam selepas menghadiri siri ceramah kumpulan keagamaan terkenal di negara itu, Tablighi Jamaat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails